Sunday, September 26, 2010

gemersik suara

'eh lihat tu ada burung , cantik..bebas..boleh terbang kemane saja. aku nak jadi seperti burung, terbang sekawan, sayang pada rakan sekawannya'
aku hanya tersenyum melihat gelagat sahabatku, aida. sahabatku yang paling rapat denganku. segalanya akan di ceritakan kepadaku dahulu kemudian barulah rakan-rakanku yang lain. jauh di sudut hatiku ini, aku amat menyayangi sahabatku berbanding kekasihku sendiri. aku bukan lesbian, aku normal..seperti gadis lain. tetapi aku tidak akan terlalu sayang pada lelaki 100%. dialah yang selalu memahami hati ini, dia jugalah yang selalu memberikan dorongan kepadaku.
"janji dengan aku selepas kita tamat belajar kau tak akan lupakan persahabatan kita ni" wajah aida berubah, matanya sudah mula berair. aku juga tidak dapat menahan airmataku ini dari keluar.
kami menangis berpelukan, selepas ini kami akan terpisah jauh. jauh keperantauan orang.
"jaga diri kau baik-baik, lepas ni aku dah tak boleh nak nasihatkan kau" aku terkesima..apa maksud aida?.
"aku akan ada selalu ada di samping kau untuk memerhatikan kau, ketahuilah bahawa kaulah sahabat aku yang terbaik"

aku khusyuk mengemas pakaian ke dalam bagasiku, esok aku akan ke UK untuk menyambung pelajaranku di sana. peluang keemasanku yang tidak mungkin akan ku lepaskan. beberapa saat kemudian aku mendapat panggilan telefon dari ibu aida. 
bagaikan mahu luluh hati ini ketika diberitahu bahawa aida kini berada di wad ICU. dia mengalami barah otak sejak 2 tahun lalu dan kini berada dalam keadaan kritikal. doktor meramalkan aida mungkin tiada peluang untuk meneruskan kehidupannya.
aku bagaikan terkena panahan petir. mengapa aida perlu merahsiakan semua itu dari pengetahuanku.. sedangkan aku ini sahabat karibnya.
aku bergegas menuju ke hospital, sesudah sampai di sana aku melihat ibu, akak serta adik aida berpelukan sambil menangis.
"makcik macam mana keadaan aida?" aku kuatkan hati untuk bertanya, aku buangkan jauh-jauh fikiranku yang bukan-bukan.
"aida dah tak ada lagi nak, aida dah tak ada. tuhan dah ambil dia dari kita"
aku bagaikan bermimpi, aku benar-benar tidak percaya apa yang diberitahu oleh ibu aida sebentar tadi.
aku melihat wajah ayah aida pula, dia seakan-akan mengiyakan kata-kata ibu aida tadi..
'oh tuhan, mengapa ini semua akan terjadi kepadaku..aku kehilangan sahabatku untuk selam-lamanya, kenapa kau rampas dia yang benar-benar memahami aku? dialah sahabatku yang benar-benar ikhlas terhadapku'
"aida, jangan pergi!! jangan tinggalkan aku, aku boleh terima jika kita berpisah jauh, tetapi aku tidak bisa menerima jika kau pergi selamanya dari aku"
suara ini bagaikan tidak mahu keluar dari mulutku, patutlah 2 tahun lepas aida bertekad untuk memakai tudung walaupun di dalam rumah. rupa-rupanya dia menyembunyikan rahsianya dariku, dia menyembunyikan sakitnya dariku, rupa-rupanya hampir keseluruh rambutnya sudah tiada akibat penyakit barah otak...aku terlalu sedih sehingga aku tidak sedar bahawa aku kini berada ditanah perkuburan. aida sudah selamat di kebumikan. sahabatku ini sudah tiada lagi.... selamat tinggal aida, semoga Allah memberkatimu. aku doakan kau di tempat orang yang beriman..aku akan tetap mengingati persahabatan kita aida.

No comments:

Post a Comment