Tuesday, March 22, 2011

my adventure trip..part 2..

hye hallu..assalamualaikum..good morning..good afternoon..good evening.. and macam good good je kan.. hee ^__^

and now shera akan sambung pasal adventure trip shera yang masih tak habis lagi tu..
okay itulah pertama kalinya shera menaiki bot..memang best lah.. al maklumlah..teruja sangat.. (jakun)
kami menaiki bot untuk ke bahagian tengah hutan yang memang tak berpenghuni.. yang ada hanyalah tapak-tapak perkhemahan serta flora dan fauna.. setelah turun dari bot kami dibawa berjalan ke kuala Marong..yaini destinasi untuk kami membina khemah..

 
 wajah-wajah platun sekolah

berbagai jenis tumbuhan dan beberapa jenis tapak kaki haiwan yang kami temui sepanjang perjalanan ke kuala Marong.. tidak ketinggalan najis-najis haiwan..wajah-wajah excited mula terserlah..kami tidak sabar untuk samapi ke kuala Marong..
lihat sahajalah wajah-wajah ceria kami..walaupun agak penat dengan perjalanan yang jauh dan beg yang berat, kami tetap tersenyum.. maklumlah senyum itu kan sedekah.. ^__^
 
sememangnya shera cukup-cukup gayat dengan jambatan gantung..mana lengkap trip ini kalau tak melalui jambatan gantung.. sememangnya shera nak pergi lagi sekali jika diberi kesempatan..
jalan punya jalan la kan.. samapi separuh perjalanan shera dah mula tidak larat dan hampir-hampir beputus asa.. namun ada seseorang yang kembalikan semangat shera..dia tolong shera bawa beg walaupun shera tahu dia juga tidak larat membawa begitu banyak barang termasuk barang shera..
jalan punya jalan lagi akhirnya kami sampai juga ke kuala Marong.. muka-muka kepenatan masing-masing jelas kelihatan.. barulah terasa selesa badan kami.. dan kami bersama-sama mendirikan khemah.. setelah itu kami bersiap-siap untuk solat berjemaah..

ini adalah pemandu perjalanan kami..dia adalah salah seorang daripada penduduk kampung peta iaitu penduduk orang asli..
malam itu kami perlu tidur awal kerana esok pagi kami ada destinasi lagi untuk ditujui..
hurm mate shera pun dah mule penat ni.. sambung part 3 ok..^__^


 


Saturday, March 19, 2011

my adventure trip.. part 1

hye hallu semua..ok kali ni shera nak cerite pasal adventure trip yang shera dah lalui.. korang mesti tahu kan taman negara Endau Rompin.. ha kat sanalah shera dan rakan-rakan telah ber-adventure, pada tahun 2008..mase tu shera baru form 4....

ni la die gateway taman negara Endau-Rompin (xda la gateway sangat) ^__^


 memang syok kat sana.. kami bukan suka-suka sahaja tapi kami mencari pengalaman.
mereka-mereka yang join trip ni adalah mereka-mereka yang layak sahaja.. yaitu daripada pasukan kawad kaki sekolah SMK LOKMAN HAKIM..

ni adalah gamba tayar van yang kami naiki.. look at that..haha tayar tu bocor


teruk kan? disebelah van tu adalah miss hawa..guru pengiring trip mase tu..


gamba atas ni adalah gamba paku yang telah MENCUCUK tayar van kami..besar kan??

masa tu kami memang cuak gila.. yela takut xsampai ke tempat tujuan kami.. macam-macam yang ada dalam fikiran kami pada masa tu, mana tidaknya kami sudah jauh dari pekan.. akhirnya van kami siap dibaiki oleh jejaka-jejaka impian..

kami berjalan sampai la ke kawasan jambatan roboh..disana kami terpaksa turun dan menolak van menaiki bukit.. beberapa kali cubaab dilakukan kerana van tidak dapat naik ke bukit..
setelah beberapa kali mencuba akhirnya van berjaya mendaki bukit dengan tenaga kami semua menolak van naik ke atas. Alhamdullillah..thank u ALLAH.

 




beberapa kilometer perjalanan akhirnya kami sampai di gateway taman negara Endau-Rompin.. disana kami berkumpul kerana kami dipecahkan dengan 3 kumpulan..
kami semua perlu berjalan kaki ke jeti kampung Peta untuk menaiki bot dan terus berjalan ke Kuala Marong..