Friday, September 3, 2010

jejak kasih

JEJAK KASIH

EIRA SYAIRAH

05 JULAI 2010

Se7en



SINOPSIS
Dyussa Maria seorang gadis yang polos, dia menjadi peminat setia Amir Arsyad sejak dari zaman kolejnya. Semasa hari reunion mereka bertemu kembali dan di saat itulah sebuah tragedi berlaku yang menyebabkan hubungan terjalin antara mereka berdua. Seperti sebuah mimpi ngeri kasih yang baru terbina dan ketika mahu membina masjid kasihnya di rampas oleh ibunya sendiri. Hancur hati Dyussa Maria dan akhirnya dia bertemu dengan Yusri Aqisya, lelaki yang pada mulanya amat dia benci dan akhirnya sebuah kasih termeterai antara mereka berdua oleh kerana satu tragedi hitam yang hampir meragut mahkota sucinya. Di saat itulah pelbagai dugaan datang melanda untuk menguji kesabaran cinta antara mereka. Amir datang menuntut kasih yang pernah diberikannya dahulu Sofea pula datang untuk menghancurkan hubungan suci antara Dyussa Maria dan Yusri Aqisya.

















1

Langit agak cerah dan suasana di pantai Teluk Cempedak begitu menenangkan disulami suara-suara burung yang berkicauan. Berbanding dengan hari kelmarin dengan hujan lebat dan ribut taufan seakan-akan melanda di perairan pantai Teluk Cempedak. Kelihatan sekumpulan remaja sedang bersuka ria bermain bola tampar di persisiran pantai tersebut.
“Cukup-cukuplah perhatikan Amir tu Yus, kalau kau dok tercanguk macam ni sampai bila pun kau tak dapat punya tackle dia. Lama-lama apa pun kau tak dapat” Herna tersenyum penuh makna melihat bekas teman sekuliahnya itu.
“Aku bukan apa Herna, aku malulah nak luahkan perasaan aku pada dia. Aku tak naklah nanti dia anggap aku ni terhegeh-hegehkan dia. Kau tahu kan dah tiga tahun aku simpan perasaan aku ni, sebelum dia graduate lagi aku dah syok kat dia. Aku tak nak nanti bila aku cakap dengan dia lepas tu dia buat bodoh je. Malu aku Herna, confirm malu” Dyussa maria memeluk tubuh. Tak pernah terlintas difikirannya untuk melakukan sesuatu yang mustahil untuk diperolehinya. Lebih-lebih lagi Amir adalah pelajar yang agak terkenal semasa di kolejnya dahulu. Ramai gadis cantik yang mahu mendampinginya dan salah seorang dari mereka adalah Dyussa Maria.
“Kalau kau betul-betul sukakan dia lebih baik kau berterus-terang pada dia. Aku tak nak nanti kau menyesal” Herna ketawa kecil.
“Jodoh pertemuan dan ajal maut semuanya ditangan tuhan, kalau ada jodoh aku dengan dia ada la” Dyussa tersengih. Tiba-tiba seperti ada batu besar yang terpelanting di kepala Dyussa Maria. Kepalanya agak berpinar-pinar. Rupa-rupanya bola yang dimain Amir terlantun ke kepala Dyussa Maria. Dyussa Maria pengsan. Herna cuak, dia menjerit meminta tolong. Amir berlari-lari anak menuju ke tempat mereka berdua.
“I’am sorry.. I tak sengaja, tak sangka terkena kepala dia” tanpa disuruh Amir mendukung Dyussa Maria balik ke chalet yang menjadi tempat penginapan Dyussa Maria sejak dua hari lalu.
“Amir you kena bertanggungjawab atas semua yang you dah buat ni” Suara Herna agak tinggi, dia amat merisaukan keselamatan sahabatnya itu.
“Yes I tahu, you jangan gelabah. I tahu apa yang I buat” Amir mengambil segelas air mineral dan disuapkan ke mulut Dyusa Maria lalu lebihan air tadi direnjiskan ke wajah mulus Dyussa itu. Tidak sampai beberapa saat Dyussa Maria mulai sedar. Dyussa Maria agak terpinga-pinga dia tidak sedar apa yang telah berlaku pada dirinya tadi.
“Herna, kenapa aku ada kat sini? Mana Amir? Kenapa kepala aku sakit sangat ni?” Soal Dyussa Maria.
“Saya disini Yus, saya minta maaf saya tak sengaja. Saya yang menyebabkan kepala awak jadi macam tu. Semua ni salah saya, maafkan saya” Amir mengusap lembut rambut Dyussa Maria.
“Awak kena banyak berehat, jangan banyak bergerak. Saya akan buat semuanya untuk awak, saya janji saya akan menjadi pembantu peribadi awak sampailah awak betul-betul sihat” ucap Amir lembut.
“Betul ke ni Amir? Awak janji?” Soal Dyussa Maria dengan penuh harapan.
“Ya, saya janji. Lagipun reunion kita ni masih ada lagi seminggu, saya rasa saya sempat jaga awak hinggalah awak betul-betul sembuh”
Hati Dyussa Maria begitu berbunga-bunga, dia amat gembira dengan tawaran Amir itu. Baginya dia adalah seoarang yang sangat bodoh jika dia menolak tawaran Amir untuk menjaganya sehinggalah mereka pulang ke tempat masing-masing.
“Kepala saya sakit sangat” Dyussa Maria mula merengek seperti anak kecil. Dia memegang kepalanya, kepalanya terasa teramat panas. “Herna, aku nak mandi, badan aku panaslah” Herna yang hanya menjadi pemerhati dari tadi bangun dan cuba untuk membantu Dyussa Maria. Namun cepat-cepat dihalang oleh Amir.
“Herna, biarkan I yang bawa Yus pergi mandi. Ini sudah menjadi tanggungjawab I” Herna dan Dyussa Maria tercengang.
“Tapi” belum sempat Dyussa Maria menghabiskan kata-katanya itu Amir sudah memotong.
“Saya tahu batasnya Yus, awak jangan risau. Saya bawa awak ke bilik air selepas itu saya akan tunggu di luar. Awak mandilah seperti biasa, awak jangan takut saya tidak akan buat perkara yang tidak senonoh terhadap awak. Lagipun Herna ada disini, dia akan perhatikan saya. Takkanlah awak tak percaya pada kawan baik awak sendiri?” Amir memandang Herna penuh makna seakan mahu meminta kebenaran daripada Herna.
“Betul tu Yus, kau mandi sahaja, jangan risau aku akan perhatikan dia. Kalau dia tak kotakan apa yang dia beritahu tadi aku akan kenakan dia” Herna tersenyum sinis.
Disini bermulalah episod yang amat menggembirakan bagi Dyussa Maria. Dia merasakan dirinya begitu berharga dimata Amir. Sebelum ini Amir langsung tidak menyedari akan kehadiran Dyussa Maria, lebih-lebih lagi Amir dikelilingi oleh ramai wanita-wanita yang cantik dan seksi.

“Awak dah siap ke?” soal Amir. Hampir setengah jam dia menunggu Dyussa Maria bersiap untuk keluar makan tengahari.
“Sudah, sekejap ye. Yus nak ambil purse Yus”
“Tak payah, biar saya belanja awak” Amir cuba menahan.
“Are you sure?” soal Dyussa Maria.
“Yes, I’m really sure”
Dyussa Maria tersenyum lebar. Lalu mereka berjalan seiringan menuju ke restoran makanan laut. Inilah hari kedua Amir berada disisinya untuk menjaganya. Amir berasa amat bersalah dengan apa yang telah berlaku terhadap Dyussa Maria. Amir rasa dia perlu bertanggungjawab ke atas semuanya. Oleh itu dia mengambil risiko untuk menjaga Dyussa Maria.
“Petang ni awak tak join game ke?”soal Dyussa Maria. Ketika itu mereka sudah memesan makanan.
“Tak kot” pendek jawapan Amir.
“Kenapa?” soal Dyussa Maria lagi. Setahunya Amir amat gemar bermain bola tampar dan pernah mewakili kolej dan Dyussa Maria adalah penyokong setianya. Dia tidak pernah ketinggalan untuk menyaksikan Amir bermain. Selain bola tampar Amir juga aktif dalam permainan bola sepak dan futsal. Amir menjadi kapten dalam setiap pertandingan. Oleh itu dia amat terkenal dikalangan pelajar-pelajar kolej tersebut terutamanya dikalangan siswi-siswi selain mempunyai seraut wajah yang kacak dan tampan.
“Sebab saya perlu menjaga awak Yus” ucap Amir. Dyussa Maria terkedu. Tidak pernah dia merasakan ada seorang lelaki yang begitu mengambil berat ke atas dirinya. Inilah pertama kalinya.
“Tapi kenapa awak sanggup lakukan semua ni demi saya?” soal Dyussa Maria, dia begitu terharu dengan keperihatinan Amir.
“Kerana semua ini salah saya”
“Terima kasih Amir” ucap Dyussa Maria lembut. Akhirnya keadaan menjadi sunyi setelah pelayan restoran datang menghantar pesanan dan mereka menjamu selera tanpa sebarang kata bicara.
Setelah siap menjamu selera Amir membawa Dyussa Maria ke tepi pantai. Mereka mencari cengkerang siput dan dimasukkan kedalam baldi. Setelah hampir penuh mereka mencari satu tempat yang strategi dan mereka membina sebuah istana pasir dan disekeliling istana pasir itu disusunnya cengkerang-cengkerang yang telah mereka kutip tadi.
“Seumur hidup saya tak pernah saya lihat istana pasir secantik ni” ucap Dyussa Maria. Dia begitu gembira. Amir tersenyum melihat gelagat Dyussa Maria.
“Awak suka?” soal Amir.
“Mestilah saya suka, sesiapa pun yang lihat pasti akan menyukainya” Dyussa Maria tersenyum puas.
“Jika awak mahu saya boleh buatkan istana pasir seperti ini setiap hari untuk awak”
“Awak tipu saya ke?” soal Dyussa Maria.
“Awak rasa apa yang saya dapat kalau saya tipu awak?” Dyussa Maria hanya membisu.
“Amir..saya nak beritahu awak sesuatu”
“Ye apa dia, awak bagitahu sahaja. Saya tak kisah, kenapa, awak tak selesa ke saya jaga awak seminggu ni?”
“Eh taklah, saya amat selesa awak jaga saya. Tapi ada perkara yang lebih penting yang saya mahu awak tahu”
“Cakaplah Yus, saya sedia mendengarnya”
“Saya..” belum sempat Dyussa Maria menghabiskan butir bicaranya seorang wanita datang menyapa Amir.
“Tak sangka kita jumpa disini, apa you buat disini?” wanita itu melingguk-linggukkan badannya hampir dengan Amir. Dia memandang Dyussa Maria dengan wajah yang memualkan. “siapa ni? Kekasih baru you ke? Low profile..bukan taste you. I know that” dia menjeling Dyussa Maria. Dyussa Maria hanya membuat wajah slumber.
“No, she is my friend, Dyussa Maria. Kami ada reunion class disini” Amir memperkenalkan Dyussa Maria kepada wanita itu. Dyussa Maria mengangkat tangan untuk bersalaman dengan wanita itu namun tidak disambut oleh wanita itu.
“Just friends??” soal wanita itu seakan-akan cemburu dengan kemesraan Dyussa Maria dan Amir. Amir hanya mengangkat keningnya.
“Ok, see you later. I nak lunch dengan my family” wanita itu bergegas pergi dari situ sebelum itu dia sempat menghadiahkan satu jelingan tajam kepada Dyussa Maria.
“Ok yus kita sambung kembali, apa yang awak nak beritahu saya tadi?”
“Tak ada apalah Amir, saya pun dah lupa” Dyussa Maria cuba menyembunyikan perasaannya daripada Amir. Seribu tanda tanya bermain difikirannya, dia tertanya-tanya siapakah wanita tadi dan apakah hubungannya dengan Amir? Adakah wanita itu adalah kekasih Amir atau sebaliknya? Dyussa Maria menguis-nguis pasir yang berada dikakinya itu.
Amir hanya tersenyum melihat gelagat Dyussa Maria, dia tahu Dyussa Maria tidak senang dengan kehadiran wanita itu tadi. Air mukanya yang sejak tadi ceria sebelum kedatangan wanita itu tiba-tiba menjadi agak dingin. Sungguh Amir juga tidak senang dengan kehadiran Mona tadi, wanita yang terlalu obses akan dirinya itu. Terus terang dia katakan bahawa ada satu perasaan aneh yang muncul sejak dia menjaga Dyussa Maria kalmarin.

Dua hari lagi hari reunion akan tamat dan waktu itu jugalah mereka semua akan pulang ke tempat tujuan mereka masing-masing untuk menyelesaikan tugas yang tertangguh selama lebih seminggu. Dyussa Maria tidak menyangka begitu cepat waktu berlalu. Sedangkan Dia masih tidak meluahkan perasaannya yang terpendam sejak sekian lama itu terhadap Amir. Walaupun dia punya banyak waktu bersama Amir namun seperti tidak terluah oleh bibirnya itu. Barangkali disebabkan oleh wanita yang pernah menegur Amir sewaktu mereka bersama-sama sedang membina istana pasir. Pelbagai sangkaan bermain dibenak fikirannya itu. Sesungguhnya satu perasaan cemburu telah menyelinap masuk ke sanubarinya.







bersambung***

No comments:

Post a Comment