Monday, September 20, 2010

jejak kasih (2)

JEJAK KASIH

Kata-kata dan luahan hati Amir menjadi sebuah penantian bagi Dyussa. Dia menanti dengan penuh kesetiaan. Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan bagi semua insan. Lebih-lebih lagi menanti kata bicara cinta dari orang yang amat kita sayangi. Esok reunion akan tamat, esok juga dia akan berpisah dari Amir. Sesungguhnya saat manis bersama Amir tidak akan dilupakannya sampai bila-bila. Semasa mahu bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur, Herna menyampaikan pesanan Amir untuk menemuinya di lobi. Tanpa berlengah Dyussa pergi dengan hati yang berbunga-bunga.
“I ada something nak tunjuk pada u” Amir memandang Dyussa dengan pandangan yang menyegarkan.
“Amir, can u tell me straight to the point. I can’t wait, please” Dyussa teruja, belum pernah dia berasa begitu mendebarkan.
“tapi I ada syarat” Amir memberi syarat. Dyussa berdebar.
“ape dia Amir?”
“I nak u tutup mata” Dyussa terlopong tanpa disedarinya dia menurut tanpa membantah.
Amir mengikat mata Dyussa menggunakan sehelai skaf berwarna hitam. Pada mulanya Dyussa tidak selesa namun Amir menggenggam erat jari jemari Dyussa yang halus itu.
“Amir, u nak bawa I pergi mana ni?” soal Dyussa apabila Amir menarik tangannya.
“rahsia, I nak beri u surprise sikit. Kalau u tahu nanti dah tak best” Amir menarik tangan Dyussa, Dyussa pula hanya mampu menurut.
Sepanjang perjalanan Amir hanya membisu. Sampai sahaja di satu tempat di tepi pantai Teluk Cempedak Amir membuka ikatan mata Dyussa. Perlahan-lahan Dyussa membuka matanya, dyussa begitu terpana apabila dihadapannya tersedia meja bulat berserta lilin yang sedang menyala dan tiga kuntum mawar merah hati di atas meja yang beralaskan kain putih itu. Begitu mempersona.
“wow” terbeliak mata Dyussa, dia tergamam. “Romantiknya, this is for me?”
“Yes, just for u dear. Yus, sebenarnya I nak u tahu satu perkara ni. I harap u boleh terima dengan hati yang terbuka. I tak nak u terpaksa dengan keputusan I, atau u terima atas dasar simpati” Amir menarik kerusi, dia menyuruh Dyussa duduk. Mereka duduk bertentangan, dari mata ke mata dan dari hati ke hati. Hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Dyussa berpeluh, seram sejuk terasa ke seluruh badannya. Dia bergitu berdebar, dia seperti sudah dapat menyangka apa yang akan di beritahu oleh Amir.
“apa dia amir, cakaplah” Dyussa mencuba untuk mengawal perasaannya.
“Yus, I nak berterus-terang dengan u. I rasa I dah tak boleh nak simpan semua ini seorang diri lagi. Nak tak nak I kena cakap juga pada u, I nak u tahu sejak di bangku kolej I memang dah menaruh perasaan pada u. I suka pada u, bukan setakat suka sahaja, bahkan I rase cinta I hanya untuk u. I jatuh hati pada u Yus. I dah tak nak tipu perasaan I ni lagi, I sayang pada u. Yus, mula-mula i jumpa u I dah mula suka pada u, tapi I cuba buang jauh-jauh perasaan I ni sebab I rasa u tak sesuai dengan i. u like a child, u kebudak-budakan. Tapi I silap, I silap sebab tak luahkan perasaan I ni pada u dari awal lagi. I senang dengan sikap u, I rasa itulah kelebihan u yang tak ada pada orang lain, u terlalu istimewa dimata i. Yus, sudi tak kalau u jadi teman hidup I?” Dyussa begitu tidak menyangka saat yang ditunggu-tunggu kini tiba. Amir bukan sahaja meluahkan isi hatinya malah Amir melamarnya dengan keadaan dia tidak bersedia.
“Amir, u main-main dengan I ke?” Dyussa menarik tangannya perlahan-lahan.
“U rase soal hati dan perasaan I nak buat main-main ke Yus? I really love u. I want share my life with u. I want u for my life, I want u to be my wife. Please Yus.” Mata Amir begitu mengharap, dia menatap lembut wajah mulus Dyussa, anak gadis campuran Malay-Ireland. Begitu menawan, walaupun dilahirkan dari keluarga jutawan, namun dia sentiasa merendah diri. Tidak pernah dia bermegah-megah dengan harta kekayaan keluarganya itu.
“dengan rela hati, I sudi. Amir, dah lama I tunggu saat-saat ini. I tunggu u luahkan semua ini pada i. tapi I tak sangka u melamar i. I betul-betul tak sangka Amir, I happy. Inilah hari yang paling indah bagi I”
Perlahan-lahan airmata kegembiraan mengalir di atas pipi gebu Dyussa. Sesungguhnya inilah saat yang paling indah yang pernah dia alami. Dengan bersaksikan pantai Teluk Cempedak Amir melamarnya, saat ini tak akan pernah dia padamkan dari memori ingatannya.
“tapi, u tak kenal mama I lagi” Dyussa menyambung. Hatinya mula terasa gelisah mengenangkan ibunya Puan Delina Mariam, seorang usahawati yang begitu tersohor. Delina susah untuk mempercayai lelaki sejak dia bercerai dengan Idham Isaces, bukan sahaja dalam hidupnya, malah dalam hidup Dyussa juga. Dyussa tidak pernah mempunyai teman lelaki walaupun ramai yang terpikat dengan kecantikannya itu.
“I kenal dia, Puan Delina Mariam Abdullah. Wanita Berjaya di Malaysia ni. Semua orang kenal mama u. takkan lah I tak kenal dengan mama kepada wanita yang I cintai” Amir tersenyum nakal.
“tapi u tak tahu macam mana perangai dia, kita tak tahu dia boleh terima semua ini atau tidak” Dyussa resah.
“itu semua tak penting Yus, apa yang penting sekarang I dah Berjaya menawan hati u”
“Kalau u dah cakap macam tu I dah tak boleh nak buat apa-apa, by the way good luck” Amir berdiri menghampiri Dyussa.
“Yus, I nak beri u sesuatu, tapi dengan syarat sekali lagi u mesti tutup mata u. pejam rapat-rapat, jangan main tipu”
Dyussa memejamkan matanya seperti yang diarahkan Amir, perlahan-lahan Amir mengeluarkan seutas rantai emas putih berloketkan berlian 18 karat di dalam sebuah kotak dan disarungkan ke leher Dyussa.
“Now u can open your eyes” arah Amir lalu dia duduk kembali ke tempatnya semula.
“I can’t belive it, Amir, rantai ni betul-betul cantik. Thanks Amir, terima kasih untuk segalanya” Dyussa tersenyum, walaupun dia pernah mendapat rantai yang lebih mahal dari itu namun pemberian Amir sangat istimewa baginya.
“so, bila nak jumpa dengan mama i? jangan lambat-lambat nanti I kena kebas dengan orang lain”
“Anytime, just wait and see”







bersambung***

No comments:

Post a Comment