Monday, April 11, 2011

my adventure trip..part 3..

hye3 hallu.. salam satu Malaysia semua..
first and foremost shera nak sambung balik kisah2 adventure shera ni.. dah lama shera x update blog shera ni kan..
al maklumlah student kan? bussy memanjang.. masalah pun berjela-jela.. but shera still lagi nak tulis blog ni time2 shera bosan..

ok i want continued my story..


malam tu.. kami semua memang sgt2 excited.. lebih2 lagi shera,.. coz shera yang kena masak bersama-sama miss Hawa and fara.. masakan yang sgt2 cincai but not bad ^__^
shera tidur agak lambat malam tu.. shera pun tak tahu kenapa shera tak boleh tidur sedangkan badan shera dah penat sangat2.. tapi setelah dipaksa akhirnya shera tidur berpelukan bersama fara.. so sweet kan??

pagi2 lagi kami semua perlu bangun dan berangkat ke satu lagi destinasi.. tasik****** shera lupa la nama tasik tu. but tasik tu sgt cantik dan segar..

 lihat sahajalah air tasik tu.. biru..jernih..mmg sgt2 cantik dan segar.. sangat2 sejuk..lebih2 lagi mandi waktu pagi.. but be aware!! banyak pacat!
namun masa yang kami ambil untuk berendam didalam tasik agak sekejap..kerana selepas itu kami akan bergerak ke upik guling.. iaitu destinasi terakhir kami..

kami berjalan ke kawasan yang lebih dalam lagi.. penat+enjoy+excited.. kami tidak sabar untuk sampai ke upik guling..

perjalanan memakan masa agak lama.. akhirnya kami sampai jua ke upik guling.. kami benar-benar terpesona dengan keindahan alam semula jadi ciptaanNya.. air terjun yang sangat indah dan bau alam semula jadi yang begitu segar.. membuatkan kami mahu sahaja bermalam disitu..
namun keadaan batu batu sungai disitu agak licin.. dan kami harus sentiasa berjaga-jaga.. takut kami tergelincir masuk kedalam sungai-air terjun.. kerana sungai itu agak dalam dan tidak dibenarkan mandi atau masuk kedalam sungai tersebut.. namun kami begitu puas melihat panorama alam semula jadi disitu.


cantikkan?? mempersonakan mata yang memandang.. masa yang kami ambil pun tidak lama disana kerana kami perlu pulang sebelum petang.. tidak puas rasanya.. mahu sahaja kami berkhemah disitu..

^
                                       ehem3.. my inspire n me.. gotcha !! haha bla bla bla ^__^





ianya tinggal kenangan... kami amat merindui kenangan manis ini..


semasa dalam perjalanan ke tapak perkhemahan kami.. en.Halim sempat membawa kami ke sungai ubat.. dipercayai air dari sungai ini mampu menyembuhkan penyakit.. (penyakit apa? itu shera kurang pasti)
shera sempat juga mengambil air tersebut.. niat mahu membawa pulang. tetapi habis diminum shera semasa dalam perjalanan pulang..

sampai sahaja di Kuala Marong.. kami bersiap-siap kemas dan berangkat pulang.. sekali lagi kami terpaksa mengharungi perjalanan yang sangat jauh dan ianya cukup menyeronokkan..
semasa dalam perjalanan pulang.. shera terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.. terasa perit2 di kaki shera.. shera berhenti dan menyelak seluar dan stokin.. owhh tidak..!! pacat !!.. binatang yang paling shera geli.. apa lagi menjerit-jerit shera bagai orang histeria.. shera tak pedulikan orang sekeliling..yang shera tahu shera nak pacat tu tanggal dari kaki shera.. terlompat-lompat, menjerit-jerit..habis semua barang yang shera bawa shera lontar.. shera memang tak hiraukan en.Halim yang sedang marah shera pada waktu itu..ahh waktu tu shera betul2 tak ingat apa yang berlaku kt sekeliling shera..

wink !! tak mahu ingat lagi dah.. haha malu sangat ! sampai balik tu kawan2 shera panggil shera budak pacat!

ok satu lg pengalaman yang shera nak cerita ni.. masa balik tu sekali lagi van yang kitorg naik tu pancit.. puncanya=shera pun tak tahu.. yang penting kitorang dah lalui bermacam-macam kesulitan semasa pergi dan pulang..


muke kepenatan namun tetap ceria ^__^

Tuesday, March 22, 2011

my adventure trip..part 2..

hye hallu..assalamualaikum..good morning..good afternoon..good evening.. and macam good good je kan.. hee ^__^

and now shera akan sambung pasal adventure trip shera yang masih tak habis lagi tu..
okay itulah pertama kalinya shera menaiki bot..memang best lah.. al maklumlah..teruja sangat.. (jakun)
kami menaiki bot untuk ke bahagian tengah hutan yang memang tak berpenghuni.. yang ada hanyalah tapak-tapak perkhemahan serta flora dan fauna.. setelah turun dari bot kami dibawa berjalan ke kuala Marong..yaini destinasi untuk kami membina khemah..

 
 wajah-wajah platun sekolah

berbagai jenis tumbuhan dan beberapa jenis tapak kaki haiwan yang kami temui sepanjang perjalanan ke kuala Marong.. tidak ketinggalan najis-najis haiwan..wajah-wajah excited mula terserlah..kami tidak sabar untuk samapi ke kuala Marong..
lihat sahajalah wajah-wajah ceria kami..walaupun agak penat dengan perjalanan yang jauh dan beg yang berat, kami tetap tersenyum.. maklumlah senyum itu kan sedekah.. ^__^
 
sememangnya shera cukup-cukup gayat dengan jambatan gantung..mana lengkap trip ini kalau tak melalui jambatan gantung.. sememangnya shera nak pergi lagi sekali jika diberi kesempatan..
jalan punya jalan la kan.. samapi separuh perjalanan shera dah mula tidak larat dan hampir-hampir beputus asa.. namun ada seseorang yang kembalikan semangat shera..dia tolong shera bawa beg walaupun shera tahu dia juga tidak larat membawa begitu banyak barang termasuk barang shera..
jalan punya jalan lagi akhirnya kami sampai juga ke kuala Marong.. muka-muka kepenatan masing-masing jelas kelihatan.. barulah terasa selesa badan kami.. dan kami bersama-sama mendirikan khemah.. setelah itu kami bersiap-siap untuk solat berjemaah..

ini adalah pemandu perjalanan kami..dia adalah salah seorang daripada penduduk kampung peta iaitu penduduk orang asli..
malam itu kami perlu tidur awal kerana esok pagi kami ada destinasi lagi untuk ditujui..
hurm mate shera pun dah mule penat ni.. sambung part 3 ok..^__^


 


Saturday, March 19, 2011

my adventure trip.. part 1

hye hallu semua..ok kali ni shera nak cerite pasal adventure trip yang shera dah lalui.. korang mesti tahu kan taman negara Endau Rompin.. ha kat sanalah shera dan rakan-rakan telah ber-adventure, pada tahun 2008..mase tu shera baru form 4....

ni la die gateway taman negara Endau-Rompin (xda la gateway sangat) ^__^


 memang syok kat sana.. kami bukan suka-suka sahaja tapi kami mencari pengalaman.
mereka-mereka yang join trip ni adalah mereka-mereka yang layak sahaja.. yaitu daripada pasukan kawad kaki sekolah SMK LOKMAN HAKIM..

ni adalah gamba tayar van yang kami naiki.. look at that..haha tayar tu bocor


teruk kan? disebelah van tu adalah miss hawa..guru pengiring trip mase tu..


gamba atas ni adalah gamba paku yang telah MENCUCUK tayar van kami..besar kan??

masa tu kami memang cuak gila.. yela takut xsampai ke tempat tujuan kami.. macam-macam yang ada dalam fikiran kami pada masa tu, mana tidaknya kami sudah jauh dari pekan.. akhirnya van kami siap dibaiki oleh jejaka-jejaka impian..

kami berjalan sampai la ke kawasan jambatan roboh..disana kami terpaksa turun dan menolak van menaiki bukit.. beberapa kali cubaab dilakukan kerana van tidak dapat naik ke bukit..
setelah beberapa kali mencuba akhirnya van berjaya mendaki bukit dengan tenaga kami semua menolak van naik ke atas. Alhamdullillah..thank u ALLAH.

 




beberapa kilometer perjalanan akhirnya kami sampai di gateway taman negara Endau-Rompin.. disana kami berkumpul kerana kami dipecahkan dengan 3 kumpulan..
kami semua perlu berjalan kaki ke jeti kampung Peta untuk menaiki bot dan terus berjalan ke Kuala Marong..